Friday, 11 September 2015

TELUR BER'CHEESE RINGKAS

Bahan.
  • Telur
  • Cheesedale
  • Mayonese
Langkah Penyediaan.


  1. Sediakan kuali yang berisi air dan didihkan.
  2. Setelah itu, pecahkan telur perlahan agar kuning telur dalam keadaan baik. angkatkan telur selepas 1 minit.
  3. Letakkan telur dalam bekas, sesudu mayonese di atas telur, ambil 2 keping cheesedale letak  atas telur dan boleh dimasukan ke dalam microwave selama 1 minit.
  4. Siap! bolehlah dijadikan sarapan pagi yang sihat. Dihidangkan bersama baked bean dan segelas susu. 

beginalah rupa cheesedale yang saya guna tu. dalam dia ada 12 keping.

Monday, 31 August 2015

AYAM MASAK KICAP SARAWAK

Bahan A.
  • Minyak untuk menumis secukupnya
  • Bawang merah 5 biji *
  • Bawang putih 2 ulas *
  • Halia 2 Inci *
(semua bahan A bertanda * dihiris nipis)

Bahan B.
  • Ayam 1ekor 
(dibersihkan dan dipotong 12)
Bahan C.
  • 2@3cawan air. (mengikut saiz hidangan)
  • Kicap Manis secukupnya
  • Sos Tomato 3 sudu teh
  • Sedikit garam + ajinomoto
Langkah Penyediaan.

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya. Tums bahan A sehingga naik bau.
  2. Masukkan Ayam diikuti dengan 2@3 cawan air. 
  3. Seterusnya, masukkan bahan C bermula dengan kicap manis, sos tomato, garam+ajinomoto.(saya masukkan garam+ajinomoto ini mengikut kesesuaian)
  4. Perlahankan api, tutup kuali jika perlu. Biarkan ayam tersebut masak sehingga pecah minyak.
  5.  Setelah ayam masak. Boleh lah dihidangkan bersama nasi panas.
nota kaki : pecah minyak - apabila disekeliling kuali itu terdapat lapisan minyak.

AYAM HALIA CHINESE STYLE.

Bahan A.
  •  Minyak makan 2 sudu makan
  •  Minyak bijan 1 sudu teh (optional)
  • Bawang Merah 3 biji *
  •  Bawang Putih 2 ulas *
  • Halia 3 inci *
( bahan bertanda* untuk menumis dihiris nipis ) 
 
Bahan B. 
  • Ayam 500gm dipotong dadu
  • Air 1/2 cawan
  • Sos Tiram 2 sudu makan
  • sedikit garam
  • Tepung jagung  1 sudu makan ( dibancuh )
  •  Daun bawang 1 ikat ( dihiris )
Langkah Penyediaan.
 
  1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan minyak bijan. Setelah minyak panas masukkan pula bahan untuk menumis. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan pula Ayam dan 1/2 cawan air.
  3. Masukkan sos tiram dan sedikit garam diikuti dengan tepung jagung yang telah dibancuh terlebih dahulu dan gaulkan sehingga kuah menjadi pekat.
  4. Perlahankan api dan masukkan daun bawang yang telah dihiris sehingga ayam masak sepenuhnya.
  5. Ayam Halia sedia untuk dihidangkan. Selamat menikmati masakan anda semua.